Sunday, 20 November 2011

Istana Raja Melewar


Muzium Raja Melewar terletak di Astana Raja, 28km dari pekan Rembau, Negeri Sembilan. Ia merupakan replika asal Raja Melewar, Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan yang pertama memerintah pada tahun 1773. Replika ini didirikan di atas tapak asal istana baginda mengikut reka bentuk asalnya dan dibuka pada pengunjung sejak tahun 2004.
Tetapi, di sebalik Astana yang cantik dan tenang ini, terdapat berbagai kejadian aneh yang terjadi di situ.

Kisah 1
Arghhhhhhh! Suara jeritan wanita mengejutkan penjaga muzium, Norizan Mohd Nor. “Encik! Tolong isteri saya ni. Tiba-tiba dia menjerit, terus pengsan.Saya tak tahu kenapa jadi macam ni,” beritahu si suami wanita berkenaan sebaik melihat  Norizan tiba di pintu bilik tersebut. Norizan segera membantu wanita itu dengan memapah nya masuk ke dalam ruang rehat petugas. “Macam mana boleh jadi macam ni, encik?” soal Norizan pada suami wanita itu. “Entahlah. Saya pun taktahu.Tadi masa mula-mula sampai, elok saja. Tapi masa masukkebilik raja tadi, tiba-tiba dia berubah.Dia Nampak takut lepas tu terus  menjerit, tak sedarkan diri.Saya pun hairan kenapa jadi macam ni, sedangkan sebelum ini isteri saya ni yang beriya-iya nak datang ke sini,” jawab lelaki itu sambil terus mengipas-ngipas isterinya yang masih pengsan dengan sehelai kertas.
Hanya setelah direnjis dengan air yang dibacakan selawat, barulah wanita itu sedar semula. Sebaik tersedar, wanita itu menceritakan yang dia terkejut melihat ‘moyangnya’ dengan wajah berang berada di dalam bilik berhampiran singgah sana.

Kisah 2
Pada harilain pula, datang seorangwanitake muzium itu. Wanita itu pun berjalan-jalanmenerokasekitar replika istana Raja Melewar itu.Tiba-tiba, telinga Norizan menangkap suara tangisan.Norizan sudah dapat meneka, dari mana datangnya suara itu.Norizan dengansegera menuju kebiliksinggah sana raja.Dan dia ternampak wanita tadi sedang duduk melutut sambil menangis tersedu-sedu di hadapansinggahsana itu.“Kenapa cik menangis?” soal Norizan.“Maaf encik.Tadi saya menangis sebab sedih dan takut.Saya Nampak ‘baginda’. Baru saya tahu saya ni waris keturunannya. Saya rasa bersalah selama ni  tidak endahkan ‘alamat’ yang saya terima,” kata wanita itu sekaligus menjawab pertanyaan Norizan tadi.

Kisah 3
Seorang lelaki datang melawat ke muzium itu.Lelaki itu berkata, “SayaketurunanRaja Melewar.Baginda arahkansaya datang melawat ke sini. Sebelum ini ibu saya sakit.Banyak tempat berubat tapi tak juga sembuh-sembuh. Baginda beri alamat dalam mimpi suruh tukarkan cadar ibu dengan cadar kuning. Selepas itu, ibu sembuh. Sebab itu saya datang ke sini, nak melawat istana dan makam baginda!”

Kisah 4
Beberapa tahun lalu, seorang lelaki datang bertemu dengan penjaga muzium.Lelaki itu membawa sebuah dulang kecil yang dibalut kain kuning.Di dalamnya berisi pulut kuning, seekor ayam dan telur rebus.“Saya dapat alamat, baginda suruh letakkan juadah ini di bawah istananya. Jadi saya minta kebenaran abang nak letak dulang ini,” pinta lelaki itu yang juga mengaku warisketurunan Raja Melewar.

Semua waris yang datang ke situ Kerana mendapat ‘arahan’ baginda.Waris-warisnya datang dari serata pelosok negara.Ada yang dari Putrajaya, Johor, Perlis, Kelantan, Sabah, Sarawak termasuk juga dari Indonesia. Bila sudah mendapat petanda, ‘wajib’ untuk mereka datang ‘melawat’ atau lakukan seperti yang disuruh raja.Tapi ada juga yang datang secara kebetulan, tiada persediaan. Itu yang terjadinya kejadian histeria dan pengsan!
Menurut penjaga muzium tersebut, Norizan MohdNor, walaupun sekadar replika, Astana Raja Melewar ini ibarat istana dahulu. Jadi, tidak hairanlah jika Raja Melewar yang datang dari Pagar Ruyung di Sumatera, Indonesia untuk memerintah negeri ini 300 tahun dahulu masih ‘berkuasa’ memanggil waris-warisnya datang ‘menghadap’.Kerana di sinilah tanah tempat raja itu memerintah.Di sini jugalah pelbagai peristiwa penting tercatat termasuklah kemangkatan baginda dan kemudian dimakamkan tidak jauh dari istananya.
Sumber: MastikakeluaranOktober 2011


*Saya pernah singgah ke istana ini bersama keluarga saya. Memang betul ada banyak pantang larang yang perlu di ikut sepanjang berada di situ.Tetapi, keadaan istana itu tersangat lah indah dan tenang. Istananya kelihatan sangat cantik dan menunjukkan ciri-ciri budaya Negeri Sembilan. Sepanjang saya berada di sana, secara jujurnya, bulu roma saya meremang. Tak tahulah sama ada sebab saya ni memang penakut ke apa. Tapi saya memang tidak berani nak sentuh barang-barang di situ dan menatap lama-lama gambar yang terdapat disitu.

Wednesday, 16 November 2011

Misteri Apartment Ria Genting Highlands


 Pernah ada cerita menyatakan kononnya dalam salah satu bilik di Apartment Ria ada seorang lelaki cina yang telah membunuh diri dengan mengelar-gelar badannya dan kemudian menggantungkan dirinya di tengah-tengah rumah tersebut.Setiap hari kejadian yang berlaku itu akan berulang-ulang kembali dan ada penghuni hotel yang penah terserempak dengan lelaki cina tersebut dengan keadaan badan berlumuran darah.. memang menyeramkan suasana di dalam bilik hotel tersebut dan sehingga kini, bilik tersebut tidak pernah di buka dan di palang dengan kayu dan kalau ada di antara anda yang penah mendiami hotel tersebut, pasti anda akan perasan ada sebuah bilik bilik yang telah di palang dengan kayu

Antara kejadian pelik yang berlaku:
-Terlihat kelibat perempuan berambut panjang 
-Bunyi orang pindah rumah, bunyi ‘ting’ seperti oven dah panas, bunyi lesung ditumbuk dan lain-lain lagi
-Bunyi lif yang selalu terbukak (tapi bila tengok tak bukak pon)
-Ada masa lif akan stop sendiri di tingkat-tingkat tertentu, sampai tutup pun dia akan terbukak balik.. (Kalau nasib tak baik,nampak la pape)
-Terasa diperhatikan,di penjuru bilik
-Ada ‘orang’ lain dalam apartment

Ini cerita mereka di Apartment Ria:

“hishh apartment RIA mmg ade sesuatu..kat sume penjuru pon rase scary je..die punye bilik pon seram je..tapi aku ni stok berani aaa gak..ade skali aku masuk 1 bilik ni (1 unit 2 bilik) before tu x rase ape pon normal je..skali bile masuk je bilik tu sbb nak amik bantal tetibe je bulu roma naik..rase cam seram jerr..mcm ade mende je kek bilik tu…pehtu memalam ade bunyi ‘tinng’. mcm bunyi bile oven dah panas.”






Sunday, 13 November 2011

Rumah Puaka di Shah Alam !!!

Jom kita salami pengalaman seram yang di cerita penyewa-penyewa di rumah tersebut.

SHAH ALAM- 9 tahun lepas aku dapat smbung beljar di sebuah institut di shah alam.So,perkara pertama yg kena fikir ialah aku nk duduk mana sebab aku tak dapat hostel.oleh sbb kerajinan & keperihatinan yang ada kt aku dan kwn2,maka dpt lah aku dgn kawan2 aku rumah sewa.Dekat2 area seksyen 2.Berhampiran dengan wetworld rumah tu bunglow 2 tingkat dan mempunyai 4 bilik.3 bilik kt atas dan 1 bilik dibawah.Kitorg semua berlapan, kiranya 2 org utk 1 bilik la.Aku ringkaskan cerita,kitorang msuk rumah tu dengan perasaan berbelah bahagi.best, suke,pelik, rimas, takut semua ada.


Pertama,tuan umah hanya amik rm50 je sebagai deposit dan sewa prtama hanya bayar bile msuk bln kedua kami duduk uma tu. Kiranya bln prtama ni free la.Kedua,tuan rumah x bagi kami bawa brg bnyk2 sebab nanti penat nak angkat blk katanya.Ketiga,pokok ara tepi umah tu bsr sgt smpai dahan dia bleh msuk kt tingkap blk atas.

Mlm pertama duduk rumah tu kami x tidur sebab sibuk punggah dan kemas brg dan lyan dvd korea.Citer seramnya start msa hari kedua.xpayah nk tunggu mlm,siang2 pon kitorg dah kna kacau.Azmi "dagu" org first kena. Salah sorang member kitorang.

Msa tu br kol 10.30pg , si Azmi ni bgun nk memerut.So dia g la toilet bwh tu tp dlm toilet ada org sbb pintu tutup. Toilet atas plak rosak, tuan umah kata nnti dia btulkan.Tunggu punye tunggu, xkuar-kuar org dlm tandas ni. Jd Azmi ni memekik la suruh cpt sket kuar sbb dia xtahan.Akibat jeritan si azmi ni, abis satu umah bgun gi tengok peehal.Yg peliknya,kitorg berlapan smua ada,abih tu sape yg kt dlm tandas ni? Pintu toilet lak berkunci siap ada bunyi org flush jamban lg....

Dlm reramai ni,Lan sorg je yg berani sket mgkin psl dia ni keturunan bugis kot, dia g rentap pintu toilet tu smpai trbukak. Xde org tp dr kesan yg ada, pintu tu mmg dikunci dr dlm. Last2 si azmi xjadi buang air besar...mngkin psl takut kot. Mlm tu kitorg kna lg teruk. Masa aku nyenyak tdo mlm tu tetiba jek ad org tarik dua2 belah kaki aku sampai jatuh dr katil.Kepala aku terhentak dulu kt lantai!! Ape lg,hangin la aku sbb ingat bdk2 nk wt pedajal kt ak tp bl aku bangun tak de org plak.Yg ad cume si Lan yg ngah membuta kt katil atas.Aku x rsa Lan yg buat sbb confirm dia tido mati.Bila aku kuar bilik, aku dgr bdk2 ngah ketawe.Rupenya diorg ngah layan dvd kt hall bwh.Aku pon msuk blk balik sbb still bingung lg tp br aku terperasan ms ak ngah jengah kebawah td ak perasan Lan ada!! Bukan ke td aku nmpk dia ngah membute dlm bilik? Ahh suda...



Dgn perasaan berani2 takut ak tgok atas katil Lan ada bonjol bwh selimut,kiranya mcm ad org la. Ak tarik kain selimut tu n guess what? ada batu nisan yg da retak2 dan otomatiknya blk ak diselubungi bau hapak+hanyir yg sgt2 kuat.

Msa ni korg jgn tnya ak la ape aku buat sbb kalo menda ni jdk kt korg pon xkan korg nk stay lg dlm blk tu btol x? Aku rs kaki ak da x jejak tanah da sbb lari laju sgt. Aku lari kuar dr bilik tu & g ke hall sebab nk gtau member2 aku la kononnya tp yg mcm haram jadahnya member aku sorg pon da xde kt hall. Nk tau diorg kt ner? semua da duduk kt luar rumah!! Rupanya diorg awal2 lg da kna kacau. Yg lakhanat nye, xde sorg pon kejutkan ak....taik betol diorg ni.

Lepas diorg tenangkan aku, kitorg decide nk buat ape skang sbb skang ni da pkul 3 pg. Nk mtk tlg tok imam,umah tok imam pon kitorg xtau. Nk mtk tlg jiran, kiri kanan umah kitorg cina. Last2 salleh ajk lepakrestoran hakim jek smpai pg. Bunyinya mcm senang tp memasing semua xpakai baju pastu pakai boxer ngan kain pelikat jek. Mau x mau trpaksalah jgk kitorg msuk uma tu balik sbb nk amik suar, wallet dan kunci motor. Oleh sbb bilik si Bob ngan Naim je yg kt bwh, maka kitorg decide le nk pinjam baju n suar dia. Masing2 tkut nk naik tingkat atas. Wallet pn aku tinggal.


Masing2 pakat gna duit naim lu. Nasib baik kunci motor kitorg sangkut kt dinding tmpt penyangkut. Msa nk kuar dr rumah tu, Wak plak perasan ada bdk pompuan kt pintu dapur ngah senyum sambil babai tgn kt dia. Yg aku plak bole trperasan bdk tu jgk sbb aku tgk muka wak da kejung+pucat lesi. Sekali bdk tu senyum rsa mcm nk trkincit dlm suar la... Kepala lutut ak menggigil sampai kt restoran hakim!!!!

Lepas smp kt restoran hakim tu,memasing sibuk buka cerita trmasuk ngan aku skali la. Memula Wak cerita la,mlm tu lebih kurang kol 12 lebih,dia sibuk download lagu tetiba ad bunyi mcm org baling batu kt tingkap bilik dia. Bila dia jengah,dia nmpk ad sorang pompuan duduk kt atas pokok kayu ara sblh umah tu,pakai bju putih + kekuningan+ koyak2+ rambut panjang. Yg sadisnya,pompuan huduh tu boleh senyum kt dia plak. Wak ni ape lg tutup tingkap bilik dia dan terus nk kuar g bilik ak la kononnya. Malangnye, lg sekor plak hantu duk kt dpn pintu bilik dia tp kali ni hantu budak. So dia amik keputusan terjun dr tingkap bilik dia ke bawah. Akibatnya, kaki dia terkehel. Nasib baik  x patah.


Azmi "dagu" plak cter la yg dia nmpk ada bdk pompuan babai tgn kt dia yg ni, aku pon kna gak ok. Ak confirm yg bdk ni bkn manusia sbb aku tgk kaki dia xde!! Sam plak cter dia nmpk hantu tu kt siling umah! Bile buka mate jek, antu tu bebetol "eye to eye" ngan dia. Kiranya memasing semua kena kacau la ni. Dan aku org yg last cerita.

Aku ckp la yg aku kna tarik dua2 kaki ms tido smp kepala ak terhentak kt lantai. Pastu ak ckp le yg ak nmpk diorg ngah layan dvd kt hall tp si Azmi tetiba nyampuk "bile ms plak kitorg tgk dvd ni?". rupanya xde sorg pon yg tgk dvd pg tu!! Dah tu, sape yg ak nmpk? Haru betol.....kaki aku yg dr pd menggigil makin brtambah kuat  menggigil.Ngah sibuk2 berborak,aku terbau sesuatu yg kurang enak. member2 ak yg lain pon bau gak. Rupanya si Azmi ni td da terkencing dlm suar sbb takut sgt. Nasib baik mlm tu xramai sgt org kt Restoran Hakim tu. Malu betol. Ak plak bleh ternampak si Sam pakai selipar sebelah lain. Dr sibuk2 cter seram terus jdk cter klakar plak.


Tengah sibuk2 ketawe, br kitorg perasan yg si Salleh ngan Naim xde dngan kitorg. Yg ada cume kami berenam. Aku, Azmi dagu, Sam banjar,Wak, Bob ngan Lan. Dlm ramai2 tu cuma Bob sorg jek yg bwk hp, so kitorg try call Naim tp xde org angkat. try call Salleh plak, sama gak xde org angkat. Pastu Lan amik hp Bob tu, dia bc apa ntah agaknye pastu dia soh Bob call naim lg skali. Bob call n bukak loud speaker. Korang tau ape jd? ad suare pompuan ngilai. Gila2 punye ngilai la sampai meremang bulu roma aku. Kami berenam terus terdiam. Last2 kitorg sepakat akan tunggu smpai pg esok br blk umah tu semula n cari Naim ngan Salleh. Lepas dgr suare pompuan ngilai kt hp tu, xde sorang pon antara kitorg brckp....smpai subuh!!

Pukul 7.30pg br kitorg blah dr Hakim. Hati aku masih lg kuat berdebar-debar. Yg lelain ak xtau la. Smp kt dpn umah, ak tgk pintu umah ngan gate da trbukak seluas-luas nye. Ni kalo pencurik masuk ni, memang dia kaye sbb laptop,wallet ngan hp kitorg semua tinggal camtu aje. Bulu tengkuk aku masih lg meremang.Xde sape berani msk umah tu dulu...Aku ingat, ada la 20-30 minit kitorg duk tercanggak kt dpn umah sbb xde sape berani masuk. Ntah camne agaknye hp Bob berbunyi. Hati aku da x sedap. Jgn la kate antu tu call kitorg soh msuk umah. Lan yg angkat. Sebenarnya dlm reramai geng ak ni, Lan la yg paling berani tp kekadang dia jd penakut jgk la. Pihak hospital call, katanya Naim ad kt wad emergency hospital klang. Eksiden katanya. Pihak hospital kata, ada miss call dr no.hp Bob ni, tu yg dia call no.hp Bob ni...ooo00 br ak phm. Yg peliknya Naim eksiden?

Memasing da serba salah jadinya. Bingung pon iye jgk. Xtau samada nk melawat Naim kt hospital klang or cari Salleh yg hilang. Akhirnya kitorg call tuan rmh utk tgk ape yg patut. Ak ngan Sam plak g hospital klang tgk keadaan naim cmne.Kalau mmg tenat sgt, ak inform yg lelain soh dtg la. Yg lain ak soh cari salleh kt keliling umah, takut2 dia kna sorok. Kami masing2 tawakal aje. Ms otw g hspital klang ni, ak xtau la si sam pecut smpai berape tp hati ak masih lg kuat ckp yg hal ni x abis lg.


Smpai hospital,aku terus cri Naim. Sebak betol hati ak tgk Naim serius parah. Kaki dia teruk. Doktor kata kena lenyek ngn keta or something else la. Kes dia ni langgar lari. Naluri ak kuat ckp yg umor Naim ni x panjang sbb darah bnyk gile kuar. Sam plak xsanggup tengok, air mata dia da berjurai-jurai cam air terjun. Doktor pon ckp yg dia ni dah nyawa2 ikan,xdpt nk tlg bnyk. Ak duduk kt tepi Naim, dia bole brckp lg tp sangkut2. Dia mntk maap sbb buatkan kitorg jdk susah. Berulang-ulang kali dia mntk maap tp ak msh lg xdpt tangkap ape yg dia ckp ni. Akhirnya dia meninggal gak...Aku gagahkan hati aku tepon kengkawan lain bgtau psl Naim da meninggal. Ak tgk Sam da trduduk kttepi balkoni ngan mata merah sbb nangis bnyk sgt. X lama pastu parrents Naim dtg. Ak x sanggup nk tunggu lg ajak sam balik shah alam.

Smpai kt umah, aku tgk ramai gler org ngah cari salleh tp xjumpe. Abis satu umah dia geledah. Lastly,ad org tua kt situ mntk tlg ngan sorang ustaz. Ak tak ingt pe name ustaz tu tp lepas asar br kitorg jumpe salleh duduk kt atas busut blkg umah. Yg herannya, da 5,6 kali org cari tp xde plak jumpe dia kt situ. x kisah la janji jumpe balik salleh ni. Kitorg pnye la suke jumpe si salleh ni blk. Memasing amik keputusan pindah dr umah tu haritu jgk. Kebetulan plak kt sek7 [pintu blkang uitm] ada satu umah utk disewa, kitorg pindah situ la. Brg2 naim kitorg angkut skali. Terus terang aku ckp, mmg aku hangin gile tgk muke tuan umah sbb xgtau yg umah ni "keras".ptut la dia soh byr rm50 jek dl pastu xbg bwk brg bnyk2. Chisss....

Aku demam 3 hari. Jenazah naim selamat dikebumikan kt Raub,Pahang. Seminggu lepas tu,keadaan da ok sket cume salleh jek yg sakit2 bdn. Akhirnya mulut aku trgerak nk tny salleh pe yg brlaku sbnrnye sbb sblm naim meninggal tu dia ada ckp kt aku soh tnya salleh satu rahsia. Rupenya ms hari 1st day kitorg msuk umah tu, Naim ngn salleh da wt hal. Dia g cangkulnya busut kt blkg umah tu. Si Naim plak boleh kuis2 ngan kaki dia. Mgkin psl tu la kaki dia eksiden kot [dlm hati aku la]. Pastu salleh cter la,kn ada mlm yg kitorg satu uma kena kacau tu dia ngn naim pon kna jugak. Tp hantu tu siap kejar diorg lgi smpai kt jln. Diorg punya la cuak smpai lari ke tengah jln. Ntah mna dtgnya keta tetiba da hentam diorg. naim trcmpak kt tgh jln, yg dia plak kt tepi. Dtg keta lain terus lenyek kaki naim. Pastu,salleh kata dia terus xsedar pape smpailah kitorg jmpe dia atas busut tu. Yg peliknya,cmne dia boleh duk kt atas busut sedangkan dia kata dia da lari kt tgh jln bsr? Nape naim sorang yang kena teruk sgt tp salleh x?

Akhirnya aku dpt jawapan sbnr. X lama lpas salleh cter ngn aku, dia jatuh sakit. Xtau la sakit pe tp 3 bln pastu dia meninggal. Famili dia sndiri bingung sbb doktor pon xtau sakit si salleh. Tp aku yakin, kes ni ada kaitan ngn busut yg diorg pergi gali tu. Aku ngan geng2 aku yg lain smpat ziarah arwah salleh. Paling xbole tahan Bob sebab dia roomate ngan Naim. Mmg aku tau dia sedih sgt......Yg xbole aku lupe, kitorg semua nangis masa angkat jenazah salleh. Rsa sedih sgt msa tu..

Aku, Azmi dagu, Sam banjar,Wak, Bob ngan Lan, semua skali slmt
abiskan pgajian di institut kami belajar. Buat naim ngn salleh, kitorg tetap akn
ingat ko smp bebila...al- fatihah ...

Nabila Villa, Johor Bharu



Banyak cerita yang membabitkan kisah villa ini. Ada 6 versi kesemuanya. Tak dapat nak dipastikan mana satu yang betul tapi apa yang lebih menarik kisah yang paling akhir sekali. Apa-apa pun kita ikuti kisah-kisahnya satu per satu.

Versi 1 – Terdapat satu keluarga yang kaya yang hidup dengan bahagia kat villa ni. Ditakdirkan si ibu dan ayah meninggal dunia, lalu tinggallah anak diorang yang bernama Nabila bersama orang gajinya. Nabila bakal mewarisi segala harta ibu bapanya tapi dibunuh oleh orang gajinya lalu mayatnya disimen di satu kawasan rumah tersebut. Kisah ni paling lemah untuk kita percaya sebab tak dinyatakan atas sebab apa Nabila dibunuh dengan kejam oleh orang gajinya.

Versi 2 – Nabila mempunyai sebuah keluarga yang sangat kaya. Satu hari, banglonya dirompak dan semuanya dibunuh kejam. Banglo tersebut dibiarkan tanpa penghuni hingga tumbuh semak-samun.

Versi 3 – Keluarga Nabila telah dirompak. Nabila dirogol lalu dibunuh dengan kejam, kemudian mayatnya ditanam di dalam dinding rumah tersebut.

Versi 4 – Keluarga Nabila adalah keluarga yang bahagia pada asalnya. Tapi pada satu hari bapa Nabila mengamuk lalu menembak semua penghuni yang ada dalam rumah tersebut sebelum membunuh dirinya sendiri.
Pendek kata, keempat-empat versi cerita ni agak lemah tanpa ayat-ayat fakta yang dapat menyokong kesahihan kisah Villa Nabila. Kita baca pula versi yang seterusnya.

Versi 5 – Villa ni sebenarnya dinamakan Christine Palace sempena nama isteri seorang ahli perniagaan dari Barat. Dikatakan sebelum membina villa tersebut, si suami berjanji untuk bahagikan tanah tersebut dengan 6 orang adik-beradiknya yang berada di negara asalnya. Tapi bila si suami dah dapat tanah tu, dia mungkir janji lalu mengundang kemarahan adik-beradiknya yang lain.

Kemudian, adik-beradiknya yang berasa marah mengutuskan dua orang sebagai wakil untuk berurusan dengan si suami tersebut. Entah apa yang berlaku, dua orang wakil tersebut berang lalu mengugut si suami untuk membahagikan tanah tersebut kepada yang lain selepas membunuh anaknya. Si suami tetap berkeras, lalu dua orang samseng tersebut membunuh isterinya pula namun si suami tetap dengan sifat tamaknya. Akhir sekali, si suami juga dibunuh. Villa tersebut dibiarkan tanpa penghunilebih kurang sehingga 70 tahun.
Berdasarkan versi ke-5 ni adalah juga logiknya sikit.

Menurut orang yang pernah ke jalan Strait View di mana lokasi villa ni berada, terdapat pintu gerbang yang tertulis Christine Palace yang terletak di kaki bukit tersebut. Menurut cerita seorang lagi ahli forum, maknya pernah memberitahu yang villa tu dah ada kat situ sejak tahun 60-an lagi. Villa itu sangatlah cantik pada masa tu. Kemudian sekitar tahun 80-an villa tersebut jadi tempat yang happening yang sering dikunjungi ramai orang berada termasuklah mat-mat salleh. Kemudian sekitar tahun 90-an villa tersebut mula kosong. Start dari situlah mulanya kisah-kisah misteri yang diceritakan orang dari mulut ke mulut. Biasalah, bila dah cerita tu mesti ada orang yang akan tambah gula sikit, garam sikit nak bagi cerita lagi best. Itu yang jadi macam-macam versi sekarang ni.

Versi 6 - Versi terakhir ni adalah versi yang boleh diterima akal. Menurut cerita, dahulunya villa tersebut dimiliki oleh seorang Dato’ berbangsa Cina. Tapi atas sebab-sebab tertentu status Dato’ beliau dilucutkan, kemudian dia tidak lagi menetap di villa tersebut. Villa tersebut hanyalah dijadikan sebagai tempat untuk bercuti atau beristirahat bersama keluarganya. Atas sebab tertentu juga dia sekeluarga tidak lagi menghiraukan villa tersebut.
Macam biasalah rumah yang ditinggal lama mesti ada ‘penghuni’ baru yang menetap.


antara gambar yang dapat dilihat:
Pintu masuk villa tersebut


Kawasan villa


Tapak rumah yang telah dirobohkan






Jalan Raya Mintak Nyawa

Antara Hantu Yang Pernah Dikaitkan Dengan Karak.
Langsuir
Budak Sekolah (merayau-rayau)
Wanita Tua
Bas Lama
Penunggang Motor (Kepala ada badan tak ada)
Perempuan Bawa Anak (batu nisan)
Pontianak
Hantu Pocong
Hantu yang Makan orang (Paling popular)
Volkswagen kuning(dah lupa ada dekat karak @ lebuh Raya Jelapang).


MAKA TERSEBUTLAH KISAH….
Kisah ini diambil dari blog Tukang Karut. sebahagian isinya telah di sunting bagi memastikan ia nya sesuai bagi tugasan kolej =)

Lebuhraya Karak

Lebuhraya karak mula dibina pada 1970 dan mula dibuka kepada orang ramai pada 1977. Lebuhraya ini menghubungkan Kuala Lumpur dengan Karak dan jaraknya lebih kurang 60.0 km. Lebuhraya ini mempunyai sepasang terowong di kawasan peranginan terkenal iaitu Genting Highland.
1.Antara kemalangan yang paling popular adalah pada 20 Januari 1990, di mana 17 orang terbunuh termasuk 11 orang anggota FRU bilamana berlaku pertembungan diantara kenderaan FRU dengan sebuah lori, sebuah bas dan 10 biji kereta.
2.  Di kawasan Genting Sempah (berdekatan perniaga lemang) Banyak Lori berenti pada waktu malam(tidur)..dikatakan tidak sah kalau tidur disitu tapi tidak kena “tegur”.
3.Volkswagen kuning..selalunya pemandu akan dikacau selepas terowong karak..Volswagen tersebut  akan memotong  kereta mangsa ,dan selepas itu ianya akan dipandu perlahan dan sebaiknya kita tidak memotong kereta itu kembali.
Dan apa yang menarik tentang Volkswagen kuning ini,(mengikut kata penulis , beliau di asrama ketika itu sekitar tahun 1998 dan radio ERA baru sahaja wujud) Seorang pemanggil call station radio tersebut dan cerita pasal Volkswagen kuning ni dari A sampai Z,dan bila deejay tu tanya mana tahu tentang cerita ini,pemanggil dari Jelapang(Perak) itu dengan selamba kata dialah pemandu kereta itu dan talian terus putus…. 
tetapi terdapat kekeliruan di dalam cerita ini di mana ada pihak menegaskan bahawa terdapat kekeliruan  dan station radio tersebut adalah THR dan ceritanya ialah seorang pemanggil telah menceritakan yang dia baru saja mengalami kemalangan dan jatuh ke dalam gaung dan sedih kerana melihat ahli keluarganya meninggal dan kemudian panggilan terus terputus . DJ bertugas cuba mendial kembali tidak tidak berjaya kemudian keesokan harinya masuk paper ada kemalangan dan kereta terhumban ke dalam gaung di kilometer yang sama . berikut adalah print screen comment dari pembaca tersebut
  • zolzaidi says:
    apa yang berlaku di THR bukan di ERA. pelik ja. peristiwa di mana seorang pemanggil call isma halil cakap dia eksiden jatuh gaung. pastu dia ckp dia sedih bila bangun dia tgk mak bapak, bini serta anak dia dah meninggal dan yang paling sedih bilamana dia tgk dia sendiri pun dah meninggal.. pastu panggilan terputus. isma halil try call balik x dpt. esoknya masuk paper jam 12am ada eksiden jatuh gaung di kilometer yg sama cam pemanggil tuh cakapkan n jumlah org pun sama. bila isma p check balik rakaman tuh dia kosong ja cuma dngr suara isma halil ja. pastu rancangan tuh stop trus. tp hairannya ramai tul yg cakap tuh di ERA. lucu ja.. bebuta era dapat nama,, =)

4.Kereta Misteri
KARAK – Penemuan sebuah kereta Kia Optima yang terbenam ke dalam selut dari ketinggian 100 meter di Kilometer 35.4 Lebuh Raya Karak, berhampiran terowong Genting Sempah menghala ke ibu negara kelmarin menimbulkan pelbagai misteri.
Kereta yang di jumpai
Kereta berwarna perak itu dipercayai terjatuh dari Jalan Bentong Lama, Batu 18 di sini sebelum ia ditemui oleh penunda kereta, Wong Kam Wai, 31, pada pukul 3 petang.
Namun Ketua Polis Daerah Gombak, Asisten Komisioner Abdul Rahim Abdullah berkata, sehingga semalam polis menolak wujudnya unsur jenayah atau kemalangan yang boleh dikaitkan dengan penemuan kereta itu.
“Kalau berlaku kemalangan, mesti pembahagi jalan sudah remuk seperti dilanggar.
Jika ada jenayah mesti ada mangsa di sekitarnya,” kata beliau ketika dihubungi.
Kereta Kia Optima yang berharga lebih RM100,000 itu ditemui ketika Kam Wai sedang menaikkan sebuah kereta Satria Neo yang terbabas di Kilometer 35.4 Lebuh Raya Karak.
Dalam pada itu, satu sumber berkata, ketika ditemui kunci kenderaan ada pada kereta itu namun enjin tidak dihidupkan..
Bagaimanapun,usaha untuk mengangkat kereta ini tidak berjaya.
Apabila di pertengahan, dua buah kembalik yang mengangkatnya tiba-tiba mengalami masalah mekanikal dan kerosakan pada sistem hidrolik.Ketika itu,kereta ini hanya beberapa meter sebelum sampai di tepi tembok lebuhraya.
Usaha mengangkat
Ketika kembalik kedua membantu, ia turut menerima nasib sama apabila tiba-tiba mengalami masalah mekanikal pula.Akhirnya, kereta misteri ini terpaksa di”semadikan” semula di bawah jambatan tersebut!
(sumber dari kosmo!)

Jalan Lama Karak

1.Seorang polis, satu hari naik motor ikut jalan lama ni….nak dijadikan cerita sampai satu kawasan tu,dia nampak banyak kereta paking tepi jalan,tapi yang peliknya kat situ gelap gelita,seorang manusia pun tak ada dan yang paling pelik,semua kereta yang paking tu jenis kereta lama tapi masih cantik…Apa lagi rempit la sambil pegang pistol sampai genting sempah(petronas).
Jalan Lama Karak
2.Menurut cerita ramai juga yang ingin mengelak kesesakan lalu lintas ikut jalan lama karak(nak balik KL).Tetapi hampir 80% orang yang lalu disini bukan sahaja waktu malam,tengah hari siang buta pun akan berpatah balik..Sebab dah tak tahan menanggung seram!
3.Dalam satu cerita lain,pemandu bas di situ pernah bercerita pada satu malam selepas bas terakhir dari KL ke bentong lebih kurang pukul 9 mlm, dia telah mengambil penumpang di kawasan tersebut yang kebiasaanya sunyi..Seperti biasa kondaktor bas memberi tiket.Riuh rendah la dlm bas tu sebab ramai penumpang..Bila hampir sampai di Bentong penumpang-pemunpang turun di satu kawasan hutan@kampung….Sampai di stesen Bentong bila konduktor bas tu nak kira duit balik terkejut tengok dalam beg dia penuh dengan daun saja, mana perginya duit tadi?..
4.Pernah juga terbaca ,beberapa orang polis pernah terserempak dengan Rashid Maiden(Bekas ketua Komunis Pahang)bersembahyang berlapitkan daun pisang  ditepi jalan,tetapi mereka hanya tergamam melihat kelibat Rashid Maiden sehingga la selesai sembahyang..selepas itu..hilang..
5.mengikut cerita dan laporan akhbar, mangsa menghantar isterinya yang bekerja sebagaiManager McDonalds di Genting Sempah.Masa perjalanan pulang, si suami tetiba hilang di Jalan Lama Bentong- Gombak disyaki kemalangan di salah satu gaung. Si isterinya berjalan menyusuri jalan lama tu selama seminggu untuk mencari suaminya malangnya tak berjumpa.
Kemudian, dalam sebulan lepas tu orang asli dan pihak polis menjumpai  kereta si suami dalam gaung di KM 40 Bentong tetapi tiada pemandu di dalam.  dalam lebih kurang seratus meter dari kereta itu, mereka terjumpa tulang manusia yang lengkap berbaju Melayu tapi tiada langsung daging pada badan mangsa. Baju Melayu tu masih lagi elok, dan jika dikatakan mayat dimakan binatang liar, tiada sebarang kesan kecederaan dan tulang semuanya lengkap.
6.Tentang hantu yang makan orang ni pula berlaku pada era 80’an..si suami ni pergi mencari air kerana kereta dia “temperature”naik.Si isteri tunggu di dalam kereta,lama juga dia tunggu suaminya….lepas tu datang kereta peronda polis,si polis suruh isterinya keluar dari kereta  dan terus ke kereta polis dan polis tu cakap “jangan pandang belakang”..bila dengar polis cakap macam itu,si isteri ni terus pandang..Apa yang memeranjatkan ialah si suami ada dekat atas bumbung kereta dengan anggota  badannya hancur!

ANTARA LEBUH RAYA YANG BERHANTU.

GURUN,KEDAH
SUNGAI PETANI – Gara-gara terkejut ternampak kelibat ‘wanita berkebaya merah’ melintas jalan, seorang lelaki nyaris maut apabila kereta dipandunya terbabas dan terbalik di susur keluarPlaza Tol Sungai Petani Utara dekat Sungai Lalang di sini kelmarin.
Kancil yang terbabas
Walaupun bernasib baik tidak kehilangan nyawa selepas kereta Perodua Kancil miliknya remuk teruk, pemandu kereta yang hanya mahu dikenali sebagai Chan, 51, kebingungan memikirkan tragedi itu.
Semasa kejadian pukul 6.45 petang, Chan yang telah berkahwin dalam perjalanan pulang ke Taman Bandar Puteri Jaya di sini selepas melawat keluarganya di pekan Ko’bah, Pendang.
“Semasa tiba di selekoh berhampiran susur keluar plaza tol itu, hujan renyai-renyai dan saya menaikkan cermin tingkap.
“Pada masa sama, seorang wanita muncul dari celah pokok bunga yang ditanam di kiri jalan terus melintasi kereta saya dalam keadaan melenggang-lenggok sehingga menampak betis sambil tersenyum memandangnya.
(sumber dari Kosmo!)

Orang ramai melihat lori yang terjunam jatuh dari Lebuh Raya Utara-Selatan di kawasan Taman Perumahan Taman Keladi, Sungai Petani semalam.
SUNGAI PETANI – Siapa wanita berkebaya merah yang melintas jalan hingga menyebabkan seorang pemandu lori parah manakala kelindannya cedera ringan apabila lori yang dipandu terbabas sebelum menjunam jatuh dekat kawasan Taman Perumahan Taman Keladi semalam.
Ketika kejadian pukul 8.15 pagi itu, pemandu lori terbabit, Mohd. Sobri Shaari, 42, dan kelindannya yang dikenali sebagai Atan, 37, sedang dalam perjalanan dari Bukit Kayu Hitam menuju ke Bagan Ajam, Butterworth.
Menurut Atan, ketika kejadian dia sedang berbual dengan Mohd. Sobri berkaitan dengan seorang wanita yang ditemuinya di Bagan Ajam.
“Ketika rancak bercerita, Mohd. Sobri tiba-tiba menekan brek lori sambil mengatakan ada seorang wanita berkebaya merah melintas di tengah jalan di Kilometer 105.8, Lebuh Raya Utara-Selatan.
“Oleh kerana ketika itu lori dipandu agak laju, Mohd. Sobri hilang kawalan menyebabkan lori terbabas sebelum menjunam jatuh dari ketinggian 10 meter ke atas sebatang jalan di kawasan Taman Perumahan Taman Keladi,” dakwanya semasa ditemui di tempat kejadian semalam.
Sebelum ini Kosmo! pernah melaporkan seorang pemandu kereta Perodua Kancil nyaris maut selepas kereta yang dipandunya terbabas sebelum terbalik ketika cuba mengelak daripada melanggar seorang wanita berkebaya merah yang melintas jalan di susur keluar Plaza Tol Sungai Petani Utara, berdekatan Sungai Lalang.
(sumber dari Kosmo!)
Wanita bekerbaya merah yang berjaya dirakam!


KERETA HANTU.

Video ini dari Perancis tentang “kereta hantu” yang berjaya dirakam tetapi tidak berjaya diberkas.
Akhir sekali “Jangan biarkan hidup anda diselubungi Mister!”