Sunday, 20 November 2011

Istana Raja Melewar


Muzium Raja Melewar terletak di Astana Raja, 28km dari pekan Rembau, Negeri Sembilan. Ia merupakan replika asal Raja Melewar, Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan yang pertama memerintah pada tahun 1773. Replika ini didirikan di atas tapak asal istana baginda mengikut reka bentuk asalnya dan dibuka pada pengunjung sejak tahun 2004.
Tetapi, di sebalik Astana yang cantik dan tenang ini, terdapat berbagai kejadian aneh yang terjadi di situ.

Kisah 1
Arghhhhhhh! Suara jeritan wanita mengejutkan penjaga muzium, Norizan Mohd Nor. “Encik! Tolong isteri saya ni. Tiba-tiba dia menjerit, terus pengsan.Saya tak tahu kenapa jadi macam ni,” beritahu si suami wanita berkenaan sebaik melihat  Norizan tiba di pintu bilik tersebut. Norizan segera membantu wanita itu dengan memapah nya masuk ke dalam ruang rehat petugas. “Macam mana boleh jadi macam ni, encik?” soal Norizan pada suami wanita itu. “Entahlah. Saya pun taktahu.Tadi masa mula-mula sampai, elok saja. Tapi masa masukkebilik raja tadi, tiba-tiba dia berubah.Dia Nampak takut lepas tu terus  menjerit, tak sedarkan diri.Saya pun hairan kenapa jadi macam ni, sedangkan sebelum ini isteri saya ni yang beriya-iya nak datang ke sini,” jawab lelaki itu sambil terus mengipas-ngipas isterinya yang masih pengsan dengan sehelai kertas.
Hanya setelah direnjis dengan air yang dibacakan selawat, barulah wanita itu sedar semula. Sebaik tersedar, wanita itu menceritakan yang dia terkejut melihat ‘moyangnya’ dengan wajah berang berada di dalam bilik berhampiran singgah sana.

Kisah 2
Pada harilain pula, datang seorangwanitake muzium itu. Wanita itu pun berjalan-jalanmenerokasekitar replika istana Raja Melewar itu.Tiba-tiba, telinga Norizan menangkap suara tangisan.Norizan sudah dapat meneka, dari mana datangnya suara itu.Norizan dengansegera menuju kebiliksinggah sana raja.Dan dia ternampak wanita tadi sedang duduk melutut sambil menangis tersedu-sedu di hadapansinggahsana itu.“Kenapa cik menangis?” soal Norizan.“Maaf encik.Tadi saya menangis sebab sedih dan takut.Saya Nampak ‘baginda’. Baru saya tahu saya ni waris keturunannya. Saya rasa bersalah selama ni  tidak endahkan ‘alamat’ yang saya terima,” kata wanita itu sekaligus menjawab pertanyaan Norizan tadi.

Kisah 3
Seorang lelaki datang melawat ke muzium itu.Lelaki itu berkata, “SayaketurunanRaja Melewar.Baginda arahkansaya datang melawat ke sini. Sebelum ini ibu saya sakit.Banyak tempat berubat tapi tak juga sembuh-sembuh. Baginda beri alamat dalam mimpi suruh tukarkan cadar ibu dengan cadar kuning. Selepas itu, ibu sembuh. Sebab itu saya datang ke sini, nak melawat istana dan makam baginda!”

Kisah 4
Beberapa tahun lalu, seorang lelaki datang bertemu dengan penjaga muzium.Lelaki itu membawa sebuah dulang kecil yang dibalut kain kuning.Di dalamnya berisi pulut kuning, seekor ayam dan telur rebus.“Saya dapat alamat, baginda suruh letakkan juadah ini di bawah istananya. Jadi saya minta kebenaran abang nak letak dulang ini,” pinta lelaki itu yang juga mengaku warisketurunan Raja Melewar.

Semua waris yang datang ke situ Kerana mendapat ‘arahan’ baginda.Waris-warisnya datang dari serata pelosok negara.Ada yang dari Putrajaya, Johor, Perlis, Kelantan, Sabah, Sarawak termasuk juga dari Indonesia. Bila sudah mendapat petanda, ‘wajib’ untuk mereka datang ‘melawat’ atau lakukan seperti yang disuruh raja.Tapi ada juga yang datang secara kebetulan, tiada persediaan. Itu yang terjadinya kejadian histeria dan pengsan!
Menurut penjaga muzium tersebut, Norizan MohdNor, walaupun sekadar replika, Astana Raja Melewar ini ibarat istana dahulu. Jadi, tidak hairanlah jika Raja Melewar yang datang dari Pagar Ruyung di Sumatera, Indonesia untuk memerintah negeri ini 300 tahun dahulu masih ‘berkuasa’ memanggil waris-warisnya datang ‘menghadap’.Kerana di sinilah tanah tempat raja itu memerintah.Di sini jugalah pelbagai peristiwa penting tercatat termasuklah kemangkatan baginda dan kemudian dimakamkan tidak jauh dari istananya.
Sumber: MastikakeluaranOktober 2011


*Saya pernah singgah ke istana ini bersama keluarga saya. Memang betul ada banyak pantang larang yang perlu di ikut sepanjang berada di situ.Tetapi, keadaan istana itu tersangat lah indah dan tenang. Istananya kelihatan sangat cantik dan menunjukkan ciri-ciri budaya Negeri Sembilan. Sepanjang saya berada di sana, secara jujurnya, bulu roma saya meremang. Tak tahulah sama ada sebab saya ni memang penakut ke apa. Tapi saya memang tidak berani nak sentuh barang-barang di situ dan menatap lama-lama gambar yang terdapat disitu.

No comments:

Post a Comment